Bisnes Anda Perlukan Website?
Dah tahun 2023 ni… Bisnes anda masih belum ada website? Jangan biarkan pesaing anda sahaja yang ada website… Tapi tak perlu risau, Kami di Ezign® sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan Servis Buat Website.
bagaimana kami boleh bantu anda?
Kami akan bantu hasilkan WEBSITE untuk bisnes anda!
Ya betul! Kami akan bina satu website khas untuk produk atau perkhidmatan anda. Dengan adanya website, perniagaan anda akan lebih mudah dijumpai oleh prospek secara online. Perniagaan anda juga akan mudah dipercayai dan nampak lebih profesional dengan adanya website. Bisnes anda akan :
Mudah dijumpai
Mudah urusan
Lebih profesional
Buka 24 jam
Kenapa bisnes anda perlukan website?
Ramai lagi diluar sana yang tidak tahu kepentingan adanya website. Ini antara sebab utama kenapa anda perlu ada website :
Tak perlu explain banyak kali kepada prospek.
Kedai ‘maya’ anda sentiasa online 24 jam.
Tak penat asyik layan whatsapp je setiap hari.
Bisnes anda akan jadi lebih teratur dan sistematik
Bisnes anda nampak lebih profesional berbanding pesaing.
Dapat bina kepercayaan kepada pelanggan.

Kenapa anda perlu tempah dengan kami?
Support
Anda tidak akan dibiarkan. Kami ada untuk anda.
Profesional
Website dengan style yang profesional
Jimat Masa
Tak perlu buat sendiri. Serahkan saje kepada kami
Dipercayai
Ramai yang mempercayai perkhidmatan kami
Pantas
Kebiasaanya website akan disiapkan sepantas 3-7 hari.
Selamat
Website anda selamat dan dijaga rapi oleh pihak kami.
Jenis website
Baiklah, jenis website apa yang sesuai untuk bisnes anda?
Untuk pengetahuan anda, ada 3 jenis website yang sering dibina untuk perniagaan. Ianya adalah :
Salesletter
Brochure
Ecommerce
Salesletter
Salesletter atau Landing Page adalah sebuah website yang hanya mempunyai 1 page sahaja. Kebiasaanya ia hanya fokus menjual 1-3 produk atau perkhidmatan dalam satu website.
Website jenis ini panjang kerana penuh dengan informasi mengenai produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Tidak sesuai jika anda ada lebih daripada 3 produk.
brochure
Sesuai untuk website jenis korporat seperti untuk Syarikat, Organisasi dan Institusi yang mahu memperkenalkan tentang latar belakang syarikat, informasi dan perkhidmatan yang dijalankan serta info-info lain mengenai syarikat.
Website jenis ini biasanya mempunyai halaman yang lebih banyak seperti Tentang Kami, Hubungi, Perkhidmatan, dan lain-lain.
ecommerce
Anda menjual produk atau menawarkan perkhidmatan yang banyak? Sistem shopping cart atau ecommerce lebih sesuai untuk anda.
Ini kerana ia lengkap dengan fungsi untuk menguruskan tempahan. Pelanggan boleh beli produk anda sekaligus dalam satu tempahan.
Dah bersedia nak tempah website anda?
Anda dah kenal pasti jenis website yang anda mahukan? Atau perlukan bantuan dan pertanyaan lagi mengenai pakej yang anda mahukan?
Pilih Pakej Website
Salesletter
1 Page
- Domain (.com) 1 Tahun
- Hosting 1 Tahun
- Email Domain
- Secure SSL Website
- Mesra Mobile
- Support Selama Setahun
Brochure
2-5 Page
- Domain (.com) 1 Tahun
- Hosting 1 Tahun
- Email Domain
- Secure SSL Website
- Mesra Mobile
- Support Selama Setahun
Ecommerce
Pelbagai Produk
- Domain (.com) 1 Tahun
- Hosting 1 Tahun
- Email Domain
- Secure SSL Website
- Mesra Mobile
- Support Selama Setahun
Faq
Adakah bayaran tersebut untuk setiap bulan / tahun?
Bayaran tersebut adalah sekali sahaja. Namun, anda perlu renew hosting & domain dengan provider hosting setiap tahun iaitu RM115/tahun.
Apa jadi jika saya tak renew pada tahun berikutnya?
Website anda akan ‘down’ dan tidak boleh diakses lagi. Nama domain (.com) anda juga boleh dibeli oleh orang lain kerana nama tersebut akan available semula untuk dibeli oleh sesiapa sahaja.
Boleh ke jika nak jumpa bersemuka dulu?
Ye boleh. Anda boleh jumpa saya di Jalan Air Manis 5, Sabak Bernam, Selangor.
Jika saya request nak jumpa bersemuka di tempat saya, luar dari Sabak Bernam, Selangor?
Boleh, tapi ada charge tambahan yang dikenakan untuk kos saya ke tempat anda. Sebagai contoh, jika mahu berjumpa di area Damansara, Selangor, charge RM100 akan dikenakan. Begitu juga jika ke negeri lain, charge tambahan juga akan dikenakan.
Charge tersebut tidak akan dipulangkan jika anda tidak jadi untuk membuat tempahan website selepas berjumpa.
Walau bagaimanapun, perjumpaan ini hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja.
Berapa lamakah bantuan yang saya akan terima?
Saya menyediakan support selama SETAHUN. Ianya satu bonus yang agak besar kerana rata2 diluar sana hanya memberikan 3 bulan support malah ada juga yang tiada langsung support selepas website disiapkan.
Boleh ke saya nak bantuan lagi selepas tamat SETAHUN tersebut?
Ya boleh. Ada bayaran tambahan akan dikenakan khas untuk penjagaan website anda 😉
Saya nak tempah logo. Ada buat sekali tak?
Untuk perkhidmatan design logo, charge adalah RM590. Anda akan diberikan 3 pilihan logo dan pilih 1 untuk dijadikan final logo anda.
Logo tersebut adalah unik dan bukan ditiru ‘copy paste’ dari yang ada diluar sana.
Jangan risau, kerana saya akan sedia upaya mendesign logo tersebut mengikut kepuasan hati anda.
Anda juga akan terima bonus design PERCUMA untuk business card anda.
Selain buat website, apa lagi servis yang disediakan?
Buat masa ni, hanya pembikinan website sahaja yang ditawarkan. Namun, jika anda ada request lain, insyaAllah saya akan cuba untuk penuhi.
Sebagai contoh, jika anda perlukan design kad bisnes, logo, facebook cover, atau apa sahaja, jangan segan untuk hubungi saya melalui contact yang disediakan.
Bagaimanakah kaedah pembayaran?
Bayaran adalah secara penuh. Tiada 50-50 dan sewaktu dengannya.
Kami hanya akan mula membuat website anda setelah bayaran penuh diterima.
Bayaran boleh dilakukan secara online banking menggunakan sistem pembayaran Billplz.
Apakah yang perlu saya sediakan selepas pembayaran dibuat?
Anda perlu menyediakan isi kandungan yang mahu dimasukkan ke dalam website tersebut.
Kumpulkan ia dalam Microsoft word dan kami akan susun semula kandungan tersebut di website anda.
Kandungan yang diperlukan seperti :
- Salesletter (Ayat Jualan)
- Gambar produk, servis dan lain2.
- Testimonial jika ada.
- Maklumat contact anda
- Cara pembayaran.
- Dan apa2 sahaja maklumat yang anda mahu letakkan dalam website.